Tiba-Tiba Lelaki Ini Dakwa Keretanya Telah Dicuri Oleh Isteri Daie Farhan Pula, Beliau Diblacklist Oleh Bank Terpaksa Bayar RM10K

Masih tidak berkesudahan lagi kontroversi mengenai Da’i Farhan dan isteri barunya. Macam-macam juga cerita yang telah dibongkarkan oleh netizen. Boleh kata antara cerita paling hangat tahun ini mengalahkan selebriti popular.

Terbaru, seorang lelaki mendakwa kereta jenis Perodua Kenari miliknya telah dilarikan oleh isteri Farhan yang dikenali sebagai Aerin sejak tahun 2013. Pelbagai masalah timbul sehingga nama pemilik asal hampir disenaraihitamkan dan perlu membayar sehingga RM10,000.  Malah, dia tidak dapat mengesan wanita berkenaan sejak enam tahun lalu.


Isteri Farhan didakwa larikan kereta,

tukar nombor plat palsu

Dengan kuasa viral dan bantuan netizen Malaysia, kereta lelaki terbabit akhirnya dapat dikesan di hadapan premis lama milik Aerin iaitu El Ilham Therapy Centre, Bayan Lepas.

Bagaimanapun, nombor pendaftaran kereta berkenaan sudah ditukar. Ingin mendapatkan kepastian, lelaki tersebut memeriksa nombor chasis kenderaan dan terbukti ianya sama dengan kereta miliknya yang hilang.

Kes selesai

Setelah kes berkenaan viral, nampaknya masalah tersebut sudah selesai dimana pemilik kenderaan mendapat kembali jumlah wang RM10,000 yang sudah dibayar olehnya sebelum ini.

Sumber Berita : Apeh Jamal

Artikel Berkaitan   Bank Diminta Tangguh, Jadual Semula Pinjaman