Tidak Habis Lagi Covid19, China Bakal Sebarkan Virus Lain Pula?

BEIJING: Para saintis di China dilapor berjaya mengenal pasti satu virus baharu yang dipercayai berpotensi menjadi pandemik. Ia susulan penemuan pada dua individu yang dilapor dijangkiti virus tersebut baru-baru ini.

Menurut Jurnal PNAS, virus yang diberi nama G4 EA H1N1 ini mirip selesema babi H1N1 yang pernah melanda dunia pada tahun 2009.

Setakat ini, vaksin influenza sedia ada tidak merangkumi virus G4 EA H1N1 dan manusia didapati tidak mempunyai kekebalan terhadapnya.

“Adalah menjadi kebimbangan sekiranya jangkitan itu merebak dan meningkatkan risiko wabak.

“Tinjauan epidemiologi mendapati kedua-dua pesakit mempunyai jiran yang memelihara babi.

“Pada masa sama, virus G4 EA ini didapati boleh berjangkit daripada babi kepada manusia, menyebabkan jangkitan teruk dan kemungkinan membawa maut,” tulis artikel itu.

Saintis berkata 10.4 peratus (35 daripada 338) pekerja di ladang babi itu telah diuji dan didapati mempunyai antibodi untuk virus tersebut.

“Jangkitan seperti ini meningkatkan kemungkinan adaptasi virus itu dalam kalangan manusia, dan menimbulkan kebimbangan terhadap kemungkinan terjadinya pandemik,” kata para saintis.

Walaupun tidak diketahui tahap bahaya atau apakah ia boleh merebak seperti virus SARS-CoV-2 penyebab COVID-19, para penyelidik memberi amaran virus ini perlu diberi perhatian.

kredit astro awani

Artikel Berkaitan   Bosan Menanti Tunggu Giliran, Staff IJN Buat Perkara Ini Supaya Pelanggannya Kembali Gembira