Tidak Puas Hati Dengan Gaya Potongan Rambut, Lelaki Ini Bagaikan Dirasuk Menembak Tukang Gunting

AUSTIN: Tidak berpuas hari dengan gaya potongan rambut anak lelaki berusia 13 tahun, seorang lelaki pergi ke kedai gunting rambut berkenaan dekat sini dan menembak tukang gunting terbabit.

Daily Mail melaporkan, menurut polis, budak berkenaan memotong rambut di sebuah kedai gunting Daerah Harris, Texas, kelmarin dan apabila pulang bapanya tidak berpuas hati.

Menurut laporan KPRC, lelaki itu membawa anaknya ke kedai berkenaan dan tukang gunting terbabit kemudian membetulkan rambut anaknya secara percuma.

Namun, lelaki itu yang dipercayai kulit hitam, masih tidak berpuas hati dan bertekak dengan tukang gunting terbabit.

“Lelaki itu kemudian mengeluarkan pistol dan menembak tukang gunting itu tiga kali dengan disaksikan anaknya yang berada dalam kereta di luar kedai,” kata detektif polis Daerah Harris, Wallace Wyatt.

Menurutnya, mangsa yang terkena tembakan di perut, kaki dan tangan segera dikejarkan ke hospital.

“Tukang gunting itu berada dalam keadaan stabil dan dijangka pulih.

“Saya tidak dapat bayangkan suspek menembak tukang gunting itu dengan disaksikan anaknya,” katanya.

Polis kini mengesan suspek yang meninggalkan tempat kejadian menggunakan sebuah kereta sedan, berkemungkinan Honda Accord.

Artikel Berkaitan   “Haa, Oral Thrush Pada Mulut Baby, Dah Cuba Basuh Tapi Tak Hilang!” Ibu-Ibu Jangan Ambil Mudah, Fahamkan Betul-Betul Bahaya Jangkitan Inil