“Tidur 2 jam, kena ‘shishi’ kat muka” – Anzalna Nasir seronok jadi ibu!

Penantian selama tiga tahun berakhir buat pelakon, Anzalna Nasir dan suami setelah dikurniakan putera sulung, Mohammad Eidress pada 31 Mei lalu.

Menerusi entri yang dimuat naik di laman Instagram, pelakon drama Dendam Aurora itu berkongsi perasaan dan pengalaman menjadi seorang ibu.

Menurut wanita berusia 31 tahun itu, kehadiran cahaya mata pertama telah mengubah hidupnya dan juga suami, Hanif Zaki.

“walaupun tak cukup tidur menyusukan anak setiap 2 jam, kena sembur taik, kena shee shee kat muka tapi syok oh! Hahhahahahahaha You make my life complete

Posting tersebut mendapat lebih ratusan komen dan lebih 100,000 tanda suka dimana rata-rata turut menanti kehadiran zuriat masing-masing.

In Shaa Allah, rezeki Allah luas

Semoga Allah kurniakan untuk saya pula

Doakan saya juga!

Selain itu, Anzalna turut mendapat pujian netizen kerana kecantikannya tidak ubah seperti sebelum berkahwin dan mempunyai cahaya mata.

Dalam pantang pun cantik!

Makin berseri2

Sentiasa lawa!