Duduk di rumah sewa, adabnya haruslah jaga dan paling penting bersama-samalah menjaga kebersihan rumah itu seperti rumah sendiri.
Peralatan dan perkakasan kebanyakannya juga dikongsi bersama, maka selepas digunakan haruslah dibersihkan agar penghuni yang lain dapat menggunakannya.
Perkara-perkara asas seperti itu bukanlah satu masalah besar untuk diamalkan kerana sejak dari kecil lagi kita dididik untuk menjaga kebersihan. Jadi, tidak seharusnya timbul isu-isu mengenai perkara yang berkaitan dengan kebersihan.
Namun, manusia tetap manusia, ada yang perangainya elok, ada yang perangainya macam ba… Apabila ditegur, mulalah melenting dan terniat di hati untuk membalas dendam. Tidak terfikirkah mereka yang ditegur ini bahawa mereka mempunyai masalah dengan sikap yang tidak bertanggungjawab? Sampai bila nak hidup menyusahkan orang?
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter memuat naik luahan ketidakpuasan hatinya terhadap housemate yang didakwa melakukan onar dan difahamkan pengadu sebelum ini selalu menegur sikap mereka yang tidak mengutamakan kebersihan sehingga ada yang bercita-cita menjadi penternak kulat dalam periuk nasi.
“Housemate pengotor dan pemalas nak mampus. Dua periuk nasi okey, bukan satu. Itulah, semua 9 orang dalam rumah pulau dan marah aku sebab aku selalu marah dan maki semua sebab pengotor sangat. Sekarang inilah hasil dia, jadilah penternak kulat-kulat dalam periuk nasi,” kata pengadu.
Selain itu, pengadu juga menyenaraikan tujuh lagi peristiwa yang pernah dihadapinya sepanjang duduk di rumah sewa itu.
- Tiga kali aku jumpa tandas tak dipam. Ba*i kau fikir aku nak tengok tahi kau timbul je ke s*al?
- Pinggan, sudu, mangkuk, frying pan tak reti basuh. Dibiarkan macam tu saja. Esok baru basuh. Mak bapak kau tak ajar ke lepas guna terus basuh? Bod*h! Dah besar ambil degree tetapi bod*h.
- Rambut dalam rumah bersempah, macam semua kena kanser. Aku pun ada rambut. Dah tahu kau jenis duduk kat ruang tamu, kaulah kemas. Kenapa rambut korang aku kena sapu bab*.
- Area tong sampah dapur, ada sisa berkecah. Eii geli s**l. Dahlah busuk bod*h. Tong sampah tak reti basuh, bod*h.
- Dah tahu masak tapi tak reti kemas, macam bod*h. Bersepah! Pahal benak sangat doh. Baik jadi aku s**l, makan maggi cup hari-hari bod*h. Tak menyusahkan orang. Bangs*t betul.
- Depan fridge melekit, kesan apa aku tak tahu. Dahlah terpijak. Geli s**l. Bod*h dengan lantai rumah melekit. Bod*h pengotor. Mak bapak kau tak ajar ke bod*h.
- Toilet tak tahulah nak cakap apa, baru basuh minggu ni, minggu depan dah kotor anj*rr! Bangang! Aku hidup dengan manusia ke dengan binatang, bod*h.
REAKSI NETIZEN
Sumber: Twitter
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih