Tip Bersihkan Dapur Sampai Berkilat Tanpa Guna Modal Yang Banyak. Hanya Guna Ubat Gigi Sahaja

Memasak memang seronok, tetapi bila sampai bab nak bersihkan tu mula la lemau. Nak nak lagi apabila bahan masakan terpercik sana sini terutama sekali jika memasak sambal.


Pasti akan ada kesan tumisan minyak yang memercik bukan hanya dipermukaan dapur malah dinding dapur juga turut terkena.Biasanya kita akan mengelap dengan kain pengelap dan barulah membersihnya dengan span dan sabun bagi menghilangkan minyak hingga bersih.

Pun begitu, kotoran sebenarnya masih lagi tertinggal. Walaupun nampak bersih namun dapur kita tidaklah berkilat dan cantik seperti baru.Petua yang dikongsikan oleh Rohaslizawati Ibrahim di facebook ternyata sangat hebat. Dengan hanya gunakan ubat gigi, dapur gasnya tampil berkilat seperti baru. Hebat!

Nak kongsi cara saya bersih dan kilatkan dapur gas guna ubat gigi. Daki kat celah-celah semua hilang.

Langkahnya:

  • Sapu ubat gigi di permukaan dan celah-celah dapur.

  • Kemudian gosok guna tuala atau tisu lembab.Kalau tempat yang degil tu letak banyak sikit ubat gigi.

  • Bila dah siap, gosok dan lapkan dengan tisu atau tuala basah. Bila dah bersih, lapkan dengan tisu atau tuala kering. Siap!

Dah kilat rasa sayang pulak nak masak?Hebat kan? Paling penting tak gunakan kos yang banyak. Ambil sedikit ubat gigi yang ada di rumah dan cuba bersihkan dapur kita. Senang saja!

Kredit: Rohaslizawati Ibrahim

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: