Kebiasaannya, wanita mengandung akan mengalami alahan ketika trimester pertama apabila usia kandungan mencecah trimester kedua, alahan akan beransur-ansur hilang. Namun ada sesetengah wanita hamil mengalami alahan yang berlanjutan sehingga bersalin.
Bagi berhadapan dengan alahan ini ibu boleh amalkan petua ini:
- Minum air dengan kerap sehingga 12 gelas sehari.
- Makan apa sahaja yang anda mahu tapi elakkan mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng.
- Kerap makan snek atau hidangan dalam kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong walau pun anda tidak lapar. Makan sedikit setiap dua atau tiga jam.
- Pengambilan air halia boleh mengurangkan rasa mual.
- Hidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia. Ia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa.
- Jangan gosok gigi sebaik sahaja lepas makan kerana ia boleh menyebabkan rasa mual.