Ibu-ibu dah beli keperluan sekolah anak-anak? Bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bakal melangkah ke Tahun 1 mungkin masih risau memikirkan keperluan persekolahan yang perlu dibeli..insyaaAllah..saya kongsikan serba sedikit senarai keperluan persiapan sekolah anak-anak sebagai panduan untuk ibu bapa yang mempunyai anak yang bakal bersekolah rendah pada tahun hadapan.
InsyaaAllah, tahun depan saya juga ada 3 anak dara yang akan bersekolah dalam Tahun 5, Tahun 4 dan Tahun 1..yang lelaki sulong baru nak masuk 5 tahun tahun depan dan Husein pula masih dalam fasa homeschool dengan umminya..hehe..
Alhamdulillah..anak-anak saya yang sebelum ni masuk sekolah dengan persiapan seadanya saja. Biasanya baju sekolah anak-anak saya jahit sendiri..cuma tahun lepas tak sempat nak jahitkan….akhirnya suami cadangkan kami beli jer..tahun ni, insyaaAllah..dah jadi wahm bolehlah jahit sendiri jer..hmm…tengok ongkos sehelai baju kurung sekolah rendah dah rm30 di kedai..dengan kualiti kain yang sesetengahnya tak berapa memuaskan juga..akhirnya, kami decide untuk beli kain dan jahit sendiri je..
Untuk ibu bapa yang anak-anak mereka bakal bersekolah pada tahun hadapan seeloknya menyediakan persiapan persekolahan lebih awal..haa..kalau sekarang ni dah siap semuanya baguslah..kenapa kene siapkan awal-awal?
Sebabnya:
1.Baju atau uniform sekolah yang dijual selalunya cepat habis saiz. So, bimbang nanti anak kita terpaksa pakai saiz apa yang ada je..tak comey la kan..kalau beli lebih awal, saiz tak sesuai pun kita masih ada masa untuk tukar atau ubahsuai..
2.Time cuti sekolah biasanya sangat ramai ibu bapa yang shopping persediaan sekolah selepas dapat gaji..so bulan ni..masa terbaik untuk anda shopping keperluan sekolah anak-anak adalah sebelum hari gaji..kalau tak, agak sesak juga lah nak membeli belah dengan anak-anak nanti…
3.Untuk menaikkan semangat anak supaya teruja dan tak sabar nak bersekolah..So, bila awal-awal anak dah dapat baju sekolah dan keperluan sekolah, lagi teruja anak kita nak masuk sekolah….
4.Kebiasaannya ada sesetengah sekolah di bandar dah buat orientasi awal untuk anak-anak Tahun 1..supaya mereka kenal sekolah dan tau suasana di sekolah sejak sebelum hari pertama persekolahan…Nanti tak adalah adegan meraung dan bergantung kat kain mak ayah hari pertama sekolah…
Risaunya..Apa Yang Nak Kene Beli Dulu Ni..
Biasanya keperluan yang perlu disediakan untuk anak-anak yang baru nak masuk sekolah ni macam nilah…
Perlu Beli Sebelum Hari Pertama Sekolah(Sekolah Kebangsaan)
#1. Baju Kemeja Putih/Baju Kurung Putih
Paling kurang perlukan 3 helai untuk seorang anak..sempatlah nak rotate untuk basuh even time hujan..kalau tak mampu, 2 helai pun dah ok sebenarnya.
#2. Seluar Panjang/Kain sekolah warna biru gelap-3 helai juga. Minimum 2 helai..dan jika anak bertudung..boleh belikan tudung sekolah instant jer..itupun kalau sekolah benarkan. Bertanyalah kepada guru terlebih dahulu. Tak semua sekolah benarkan tudung instant di sekolah.
#3.Beg Sekolah
Kalau kelas anak anda kat aras bawah sahaja elok juga jika beli beg beroda (jika anak anda kecik molek dan tak kuat nak angkat). Apapun, pada pandangan saya dengan pengalaman anak-anak yang lepas, ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli beg beroda untuk anak anda..
Pengalaman anak-anak pakai beg beroda??..kata anak saya yang kelasnya di tingkat atas, kesian mereka sebab beg beroda+buku agak berat nak bawak naik tangga..ada rakan mereka yang tiap hari mak ayah tolong bawak naik dan turun beg tu..sesetengah beg beroda pula, rodanya lagi berat daripada beg.
Apapun, terpulang pada anda..Saya beri peluang anak rasa dulu pengalaman bawa beg beroda..sudahnya, tahun depan mereka dah tak nak beg beroda lagi..hihi…Pilihlah beg sekolah yang fleksibel..Beg mestilah ada ruang letak buku yang besar(sebab buku teks ni biasanya banyak nak kene bawa (walaupun dah ikut jadual)..kesian tengok anak saya, Kak Ngah dulu..berat beg daripada tuannya..hehe..
#4. Seluar sukan / track suit dua helai
Kebiasaanya dua hari dalam seminggu persekolahan ada latihan pendidikan Jasmani. So, memang kene pakai sukan, seluar sukan dan adakalanya tudung untuk bersukan(murid perempuan).Boleh beli seluar sukan yang kainnya tidak terlalu tebal, berat dan panas..terpulang jenama apa yang sesuai dengan anak anda..
#5. Stokin
Saya cadangkan anda beli sekurang-kurangnya 2 helai..maklumlah..stokin anak-anak dipakai sehingga habis waktu sekolah..untuk lebih bersih, gantikan setiap 2 hari pun dah ok..tapi kalau saya basuh setiap hari.So dua pasang itu pun sudah cukup. .
#6. Kasut Sekolah
Kasut bagi yang mampu boleh beli dua pasang. Tapi satu sudah memadai. Sekiranya kasut anak basah ketika hujan,perlulah kita basuh dan kering kan cepat-cepat untuk anak guna pada esok hari. Macam saya,teknik saya guna nk cepat keringkn kasut anak,sumbat kan newspaper lama dalam kasut sehingga penuh dan padat. Lepas tu letakkan bawah atau belakang peti ais. Kalau letak malam sebelum tidur,esok pagi sempat lah kering. hehehe
Pilihlah kasut yang mudah dibasuh tak perlu dikapurkan terlalu banyak. Tentang jenama, saya tidak terlalu memilih..asalkan selesa dipakai dan mudah dijaga. Tentang tahan lasak..hmm..bergantung pada anak anda juga..
#7. Kapur Kasut
Wajib ada jika kasut sekolah anak anda berwarna putih..pilihlah kapur kasut yang siap ada sponge pada botolnya..senang anak-anak nak guna untuk kapurkan sendiri. Tapi kagum juga tengok kasut anak-anak orang yang mantain bersih walaupun tak pakai kapur..katanya kalau pakai kapur, kain pada kasut cepat rapuh dan mudah koyak..hmm..apapun terpulang pada anda.
#8. Pensel Warna
Keperluan alatulis seperti pensel warna wajib ada bagi anak-anak sekolah rendah. Boleh belikan yang berkualiti seperti Luna atau Faber Castell..sebab warnanya juga lebih terang dan menarik. Biasanya terdapat dalam bilangan 12, 24 dan 36 warna. Anak-anak sekolah rendah memang kene banyak mewarna. Jangan lupa sediakan pengasah pensel juga..
*Tips tak nak pensel warna anak tertukar dengan orang lain punya..
#9. Alat Tulis
Apa alatulis yang perlu dibeli? Pensel 2B,Pemadam,Pembaris,Pengasah pensel,Gam dan gunting,Bekas pensel.
#10. Pembalut Buku Lutsinar Dan Sellotape.
Saya lebih suka beli pembalut buku lutsinar yang bersaiz buku buku teks macam ni..biasanya terdapat dalam saiz 5 meter atau 10 meter segulung.
#11. Permanent Marker Pen
Marker pen ni sebenarnya untuk ibu menulis nama pada beg, kasut dan peralatan sekolah anak-anak yang perlu ditanda supaya tidak tertukar dengan yang lain termasuklah pakaian sekolah anak-anak. Tapi nak menanda biarlah di tempat yang sesuai yer..
Pengalaman saya sebagai ibu? Dah beberapa kali juga anak tertukar tudung sekolah dan kasut dengan rakan mereka..maklumlah..kadang-kadang anak-anak tak alert sangat dengan pakaian dan keperluan mereka.
#12. Tumbler Dan Bekas Bawak Bekal Ke Sekolah
Biasakan anak anda membawa bekal dari rumah. Selain menjimatkan wang, anak-anak juga dapat dipastikan mendapat khasiat yang anda ingini daripada makanan rumah atau masakan anda sendiri yang lebih terjamin kebersihannya. Sekurang-kurangnya bekalkan anak anda dengan air sahaja.
Dengan bekas yang cantik dan hidangan bento yang menarik pasti anak anda teruja untuk membawa makanan rumah yang dibekalkan kepada mereka.Bekas seboleh-bolehnya tidaklah terlalu mahal kerana jika hilang, tidaklah terasa sangat yer..Beli yang biase-biase je cukup.
Perkara Yang Perlu Dibeli Pada Hari Pertama Persekolahan/Hari Daftar Sekolah
Biasanya sekolah akan memberikan senarai keperluan tersebut pada hari pra daftar atau hari pendaftaran sekolah. Selepas berhabis untuk keperluan persiapan anak-anak ke sekolah, pertimbangkan juga perbelanjaan untuk keperluan seperti ini setelah anak anda mendaftar.
Lencana(Iron/Jahit), Buku rampaian , Fail rekod murid, Lain-lain buku rekod murid.
Buku Nilam, Tali leher/vest, T-shirt sukan sekolah, …..bergantung kepada senarai pihak sekolah..
Hmm..cuba kira berapa banyak yang perlu disediakan untuk seorang anak yang bersekolah. Kalau dah 3 orang anak bersekolah macam kami ni?? Haa..boleh botak juga kepala tau!!..huhu..Realitinya hari ini..
Berbelanjalah mengikut kemampuan. Anak-anak perlu diajar untuk bersyukur dengan apa yang mereka miliki. Di luar sana, berapa ramai lagi ibu bapa yang tidak mampu menyediakan semua keperluan ini..bagi saya..jika keperluan persekolahan anak yang lepas masih elok, tidak perlulah dibeli yang baru..gunakanlah selagi ia masih boleh digunakan..Semoga anda telah mempertimbangkan banyak perkara yang saya kongsikan pada hari ini. Apapun, ia sekadar pandangan daripada saya..Terpulanglah kepada anda.
Semoga bermanfaat juga untuk semua..yang pastinya..belilah apa yang anak-anak perlu..bukannya apa yang mereka mahu sahaja. Dalam dunia hari ini bisnes adalah salah satu cara untuk menambah pendapatan keluarga selain pekerjaan tetap..Semoga dimurahkan rezeki kita semua dalam memenuhi keperluan dunia yang serba “MAHAL” hari ini..
*Sila share jika anda rasa senarai ini berguna..Terima Kasih..
Kredit: UMMI ANA via mauceriasokmo