Minyak yang amat panas dalam kuali biasanya akan memercik keluar semasa kita asyik menggoreng. Korang tentu boleh bayangkan betapa pedihnya kalau terkena minyak tu kan..huhu…
Sebenarnya terdapat petua untuk mencegah minyak tu daripada memercik semasa menggoreng. Kalau ikut petua nie minyak tu langsung tak akan memercik… atau kalau dah ditakdirkan nak terpercik juga.. mungkin setitik dua jer percikannya.. hihi..
Tips Memasak Elak Minyak Memercik
Sebelum menggoreng ikan atau daging atau telur atau apa-apa saja yang nak digoreng, cuba masukkan dua atau tiga hiris halia terlebih dahulu ke dalam kuali yang mengandungi minyak tersebut.
Dengan cara ini bila minyak tu dah panas, ia tidak akan memercik. Kalau memercik pun perlahan-lahan jer. Sempat lah kalau korang nak mengelak. Tapi kalau nak mencoba setitis dua rasa panas percikan tu (berlatih ilmu kebal) sila kan lah. Selain tu bahan masakan yang digoreng tu akan berbau lebih wangi.