Tips Nak Bagi Laci Bergerak Lancar Semula, Gunakan Bahan Ini

Kekadang bila kita tarik atau tolak laci meja atau laci kabinet, samada di rumah atau di pejabat, ianya rasa tersekat. Mekanismanya mungkin tidak lancar seperti dulu. Ini petua untuk mengembalikan kelancarannya.

Cari sebatang lilin dan tekan atau gosok dengan kuat pada bahagian-bahagian tertentu laci tersebut seperti bahagian tepi, bawah dan pada sebarang roda pada laci yang membantu untuk mudah ditarik atau ditolak.

Setelah digosok lilin, cuba tarik dan tolak beberapa kali. Kemudian ulang semula menggosok lilin tersebut hingga laci dirasakan betul-betul lancar bila ditarik atau ditolak. Kongsikan petua laci ini dengan rakan-rakan anda di pejabat. Untung-untung mungkin dapat makan free hari ni…

Artikel Berkaitan   Cara Buat Lampu Guna Air Garam Dan Air Suam. Boleh Bertahan Selama 8 Jam. Sesuai Kalau Nak Berjimat Atau Camping.