Tok sidang pecah lubang, Ayda jebat badan kecil tapi kuat makan & asyik tidur dalam set

Umum sedia maklum dengan hubungan baik antara Ayda Jebat dan penerbit JS Picture Sheila Rusly dan Jinggo, malah mereka sudah diibaratkan sebagai satu keluarga.

Kalau menjengah sahaja ke IG Jinggo, memang banyak memaparkan kemesraan dan gelagatnya yang suka bergurau senda dengan para pelakonnya termasuk Ayda.

Kantoi Ayda Jebat badan kecik tapi kuat makan
Baru-baru ini pula, Jinggo menerusi Instagramnya telah membuat satu video khas Ayda Jebat, memaparkan pelakon kecil molek itu sebenarnya seorang yang kuat makan dan suka tidur.

Malah dapat dilihat, ketika di set pengambaran untuk drama Cindai, Sheila Rusly juga teruja dan geli hati melihat selera besar pelakon tersebut walaupun kurus tapi sangat gemar makan.

Namun video tersebut bukanlah bermaksud untuk mengkritik Ayda, sebaliknya penerbit itu juga faham dengan lumrah kerja sebagai pelakon yang tidak menentu masa rehatnya.

Makan banyak tapi tak gemuk…
Rata-rata netizen juga terhibur melihat video Ayda Jebat itu, malah ada yang kagum kerana walaupun suka makan namun Ayda masih mampu mengekalkan berat badan yang ideal.

Artikel Berkaitan   “Orang Sabah Sarawak mau dia ulang alik pergi salam” – Lawak Pemuda Pasal Goodies Roti Gardenia Buat Warga Borneo Bengang