“Tok Ti” Terkejut Kerana Menerima Anugerah Dunia Mengiktirafnya Sebagai Ikon Muslimah

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerima Anugerah Dunia Islam Rania 2019 pada sebuah majlis di ibu negara malam tadi.

Siti Nurhaliza Tarudin, 40, menerima anugerah tersebut di hadapan tetamu yang terdiri daripada kerabat Diraja Arab.

Pemilihan pelantun Kasihku Selamanya itu adalah keputusan sebulat suara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) atas pengaruh Siti Nurhaliza sebagai ikon wanita muslim dan selebriti di negara ini.

Siti Nurhaliza menerusi laman Instagramnya berkata, pengiktirafan tersebut amat bermakna sepanjang kerjayanya dan menjadi pemangkin semangat untuk terus bekerja keras.

“Alhamdulillah dan terima kasih di atas penghargaan antarabangsa yang saya terima pada malam ini (semalam).

“Semoga ini menjadi semangat buat saya bagi menjalani hari-hari ke depan kerana pada malam ini saya bertemu ramai penerima anugerah dari dalam dan luar negara,” katanya.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi Anugerah Dunia Islam Rania, Dr. Raja Laila Rani Raja Mohamad Abdullah.

Rania diambil sempena nama Permaisuri kepada Raja Arab iaitu Raja Abdullah. – K! ONLINE

Artikel Berkaitan   Kantoi! Pramugara Malaysia Malindo Air Jadi Sindiket Dadah “Terciduk” Semasa Pemeriksaan Di Australia