“Tolong Duduk Di Rumah” Tok Ti Mohon Rakyat Malaysia Duduk Rumah Dan Jangan Keluar Kalau Taka Da Keperluan

KUALA LUMPUR, 19 Mac — Penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza merayu kepada rakyat Malaysia agar tidak terus menyebarkan virus Covid-19.

Siti, nama sebenar Siti Nurhaliza Tarudin, 41, memuat naik fotonya memakai penutup muka sambil memegang plakad “saya sayang anda”.

“Tolong duduk di rumah dan luangkan masa bersama yang tersayang…#justayathome,” catatnya di Twitter.

Semalam perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menolak kemungkinan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan selepas dua minggu jika penularan wabak masih gagal dibendung.

Lima kali menyebut “sila duduk di rumah”, Muhyiddin berkata rakyat tidak sepatutnya mengambil kesempatan dengan pulang ke kampung, memenuhi jemputan kenduri, beli belah di pasar raya, bersiar di taman atau bercuti di tempat peranginan.

Perutusan khas itu dibuat selepas melihat rakyat Malaysia berpusu-pusu pulang ke kampung dan melakukan pembelian barangan rumah secara panik pada malam sebelum perintah dikuatkuasakan.

Malah pada hari pertama perintah semalam, masih ada yang memandang ringan dengan duduk makan di kedai dan berlegar-legar di kawasan awam tanpa tujuan.

kredit projekmm

Artikel Berkaitan   “Aah Sudah.. Muka Dah Macam Sult*N” Oksana Dedah Muka Anak Mirrip Macam Bapanya