“Tolonglah Kerajaan Bagi Cuti Bukan Suruh Korang Balik Kampung Tapi Suruh Duduk Rumah, Itupun Susah Nak Faham Ke?”

Tindakan balik kampung atau bercuti dalam negeri untuk tempoh dua minggu ini hanya akan menggag4lkan langkah kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan Cov1d-19, kata pakar.

Menerusi laman sosial Twitter, pakar kawalan peny4kit berj4ngk1t, Prof Dr Adeeba Kamarulzaman meminta agar orang ramai duduk di rumah dan tidak ke mana-mana sepanjang tempoh tersebut.

“Tidak, jawabannya ialah tidak. Kekal di mana anda berada.

No, the answer is No. Stay put wherever you are. The whole idea of this Restricted Movement Order is to…… restrict movement… to minimise human contact that can spread the virus. Social distancing is the fancy term for it. https://t.co/J33oSBGMeD

— Adeeba Kamarulzaman (@ProfAdeeba) March 16, 2020

“Tujuan utama arahan yang dikeluarkan ini ialah mengehadkan sebarang pergerakan, meminumumkan kontak dalam kalangan orang ramai yang boleh menyebarkan v1rus,” tvlisnya menerusi satu kicauan.

Adeeba yang juga dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya berbuat demikian sewaktu menjawab persoalan yang dinyatakan kepada Astro Awani sama ada wajar untuk orang ramai pulang ke kampung semasa tempoh Perintah Larangan Pergerakan berkuat kuasa.

Perintah yang akan dilaksanakan mulai esok sehingga 31 Mac itu turut membabitkan penutupan sekolah serta pusat pengajian tinggi kerajaan dan swasta.

Malah, semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara juga akan ditutup sehingga tarikh yang dimaklumkan.

Tindakan itu menyebabkan pelajar pula tidak perlu ke sekolah manakala ramai yang tidak boleh bekerja.

Sementara itu, seorang bekas pegawai perubatan, Dr Amar Singh HSS, berkata pelaksanaan Perintah Larangan Pergerakan tidak sepatutnya dimanfaatkan sebagai waktu untuk bercuti.

Artikel Berkaitan   “Dunia Ni Ajaib, Kami Berkenalan Secara Kebetulan Sebab Akak Pemandu Grab, Sampai Satu Masa Dia Melamar Akak”

Selain itu, dia turut meminta orang ramai untuk tidak melakukan pembelian panik kerana ia hanya akan meningkatkan risiko untuk mereka dij4ngk1ti Covid-19

“Ini berbah4ya. Ia membantu penyebaran koronav1rus. Hentikan pembelian panik,” katanya melalui Twitter.

Sehingga kini, Malaysia mencatatkan 553 jumlah keseluruhan dengan Selangor menunjukkan angka tertinggi sebanyak 144 kes.

Sumber: Malaysiakini

Sumber : Gempak