“Topi Kau Tak Pakai, Lampu Isyarat Kau Redah, Lepas Tu Kena Langar Bersepai, Tak Tahu Nak Kata Apa Dik”

Tindakan penunggang motosikal yang melanggar lampu isyarat merah mengundang padah apabila dia dan pembonceng dirempuh kereta sehingga bersepai.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 2.14 petang 15 November lalu di Kampung Kubang Parit, Kuala Terengganu, dua lelaki terbabit bukan sahaj melanggar peraturan lalu lintas, malah tidak memakai topi keledar.

Terdahulu, penunggang terbabit melihat kiri kanan untuk meneruskan perjalanan biarpun lampu isyarat masih merah. Mangsa yang menyangka dirinya mampu melepasi persimpangan itu terus bergerak dan secara tiba-tiba kereta dari arah kiri datang dan terus merempuh mereka.

Tidak diketahui keadaan mangsa, namun kedua-duanya dilihat masih mampu bangun.

Pengguna jalan raya khususnya penunggang motosikal dinasihatkan sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan memakai topi keledar dengan betul. Kemalangan seperti itu boleh dielakkan sekiranya anda tanamkan kesabaran dalam diri.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

Artikel Berkaitan   Melihat Kepada Perjalanan Ustaz Ebit Lew, Ini Pendedahan Ustaz Kazim Elias Pernah “Disantau” Gara-Gara Dakwah