Trypophibia, Wawa Zainal Kongsi Tips Atasinya

Pelakon Wawa Zainal mendedahkan dia pernah alami Trypophibia sebelum ini.

Namun Wawa berkata dia berjaya mengatasinya dengan melawan rasa gerun itu.

“Tips untuk sesiapa yang alami trypophibia, hadapinya sahaja dan lawan. Lama-lama akan hilang.

“Wawa pun dulu geli juga tapi sekarang siap pakai lagi,” tulisnya.

Isteri kepada pelakon Aeril Zafrel itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya yang memakai baju bercorak kulit ular.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata turut berkongsi pengalaman yang sama.

Sekadar info, Trypophibia adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan perasaan jijik atau takut seseorang terhadap penampakan pola lubang berkerumun (clustered holes). Misalnya seperti sarang lebah, biji bunga teratai, buah delima, kumpulan gelembung sabun dan sejenisnya.

Artikel Berkaitan   Hospital Putrajaya Buat Laporan Polis Terhadap Diva AA, Dayangku Intan