Tsunami Indonesia: Angka korban meningkat kepada 168 setakat ini

Tsunami: Angka korban meningkat kepada 168 setakat ini

Pasukan mencari dan menyelamat memindahkan mayat mangsa korban tsunami di Selat Sunda ke rumah mayat sementara di Carita.- Gambar AFP
JAKARTA: AFP melaporkan sekurang-kurangnya 168 nyawa terkorban dalam kejadian tsunami yang berlaku di Selat Sunda, akibat letusan gunung berapi Anak Krakatau, setakat ini.

Agensi berita antarabangsa itu melaporkan kejadian tersebut berlaku tanpa sebarang amaran pada malam Sabtu, menyebabkan kemusnahan harta benda yang teruk serta mencetuskan panik dalam kalangan penduduk di kepulauan itu.

Ratusan bangunan musnah dipukul ombak kuat yang melanda selatan pantai Sumatra dan barat Java kira-kira jan 9.30 malam waktu tempatan, kata Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) Sutopo Purwo Nugroho.

Nugroho berkata pasukan mencari dan menyelamat yang mencari mangsa di bawah runtuhan bangunan mengesahkan 168 orang maut, 745 cedera dan 30 dilaporkan masih hilang di tiga wilayah itu setakat berita ini ditulis.

Rakaman video yang dimuat naik dalam media sosial menunjukkan ombak besar dengan tiba-tiba memukul pentas terbuka, lokasi konsert kumpulan pop ‘Seventeen’ sedang berlangsung-menghempas ahli kumpulan berkenaan sehingga terjatuh dari pentas sebelum membanjiri para penonton.

Dalam Instagram milik Riefian Fajarsyah berkata pemain bass dan pengurus jalan raya kumpulan pop itu turut terkorban.

oleh AFP

Artikel Berkaitan   "Mummy Terus Rebah, Menangis Sekuat Hati. Mummy Hanya Dakap Alya Sepuas-Puasnya. Mummy Sayang Alya, Dunia Dan Akhirat”- Norazlin