Sewaktu memasak kebanyakan kita sudah terbiasa menggunakan serbuk perasa. Kebiasaannya kita beli saja walau pun tahu ia mengandungi monosodium glutamate atau MSG yang bukanlah begitu sihat terutama untuk anak-anak yang sedang membesar.
Tapi tahu tak, sebenarnya serbuk perasa untuk menyedapkan masakan ini boleh saja kita buat sendiri. Ya betul! Cara-caranya dikongsi oleh AJ Idris.
Kalau dah buat sendiri dah tentu bebas MSG dan lebih sihat untuk santapan famili kita.
Serbuk perasa homemade atau salt seasoning
Bahan-bahan:
- Garam halus
- Serbuk bawang putih
- Serbuk bawang merah
- Serbuk ketumbar
- Serbuk lada hitam
- Serbuk kumin (jintan putih)
Ini antara bahan yang boleh kita beli di pasar raya. Sesetengah kedai runcit pun ada.

Cara membuat:
- Campurkan kesemua bahan di atas dalam satu bekas kedap udara.
- Sesuai digunakan untuk menambah rasa dalam masakan seperti sup, perapan ayam/ daging dan pelbagai jenis masakan lagi.
Selamat mencuba!
Sumber: AJ Idris Via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)