Tulang Dan Tengkorak Manusia Ditemui, Pegawai Penyiasat Yakin Lelaki Ini Telah Dimakan Haiwan Peliharaannya

LUBIN – Misteri kehilangan seorang lelaki di sebuah ladang di Lubin, Poland hampir pasti terungkai apabila tulang dan tengkorak manusia ditemui berhampiran rumahnya.

Pegawai penyiasat berkata, jiran mangsa mengesyaki lelaki berusia 70 tahun itu dimakan khinzir ternakannya.

“Mangsa dipercayai hilang sekitar 1 Januari hingga 8 Januari lalu. Ini kerana ketika itu ternakan tersebut berkeliaran berhampiran kediamannya.

“Jiran lelaki itu menghubungi polis selepas terjumpa serpihan tulang ketika mengambil air di sebuah perigi berhampiran rumah mangsa pada Rabu lalu,” katanya.

Menurut laporan Metro News, mangsa kali terakhir dilihat pada 31 Disember lalu.

Difahamkan, lelaki tersebut tinggal sendirian di ladang Lubin kira-kira 260 batu dari Warsaw, Poland.

Sehingga kini polis masih melakukan siasatan terperinci dan bedah siasat dilakukan namun keputusannya belum diketahui.

Artikel Berkaitan   Tanda-Tanda Jelas Seseorang Yang Semakin Hampir Dengan Mati.