Tular video sedut gula2 berasap, galak budak sekolah merokok?

Minggu lalu kecoh apabila sekeping gambar yang kelihatan seorang pelajar perempuan sedang menghisap rokok elektronik atau vape tular di laman media sosial.

Senario ini amat membimbangkan dan perlu mendapat perhatian khusus daripada pelbagai pihak supaya tidak berlaku keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar sekolah.

Terbaru, satu perkongsian video lagak sekumpulan murid di laman Twitter yang kelihatan seperti mengisap rokok ataupun pula jadi perhatian ramai.

Relax je semua, macam dah biasa!
Video berdurasi 45 saat itu dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter dimana jelas kelihatan tabiat seperti ini boleh mengundang padah.

“Siapa lah jual benda benda macam ni kat budak sekolah, macam nak galakkan diorang ni cuba hisap rokok je,” tulisnya.
Makan macam gula-gula…
Menerusi video berkenaan, sekumpulan kanak-kanak itu menyatakan bahawa ‘bahan’ tersebut dimakan seperti gula-gula biasa yang perlu disedut dan kemudiannya akan memberikan kesan berasap!

Sekolah macam dah tak selamat je…
Disebabkan hal terbabit, segelintir netizen berpendapat bahawa institusi pendidikan kini bukan lagi satu tempat yang selamat. Pelbagai pengaruh dan perkara buruk yang mereka boleh belajar daripada kenalan sendiri.

Walau bagaimanapun, perkara ini haruslah dipantau. Budak zaman sekarang ni macam-macam perangai, boleh bertindak diluar jangkaan. Tak kiralah benda tu gula-gula sekalipun, lebih baik dicegah dari awal kan?

Artikel Berkaitan   Tiba-Tiba Habuk Turun Macam SaIji Dan Langit Bertukar Warna Oren PadahaI Baru PukuI 2 Petang