Tular Video Seorang Wanita Mengacu Pen Ke Arah Bayi Akhirnya Menyebabkan Dia Ditahan Polis Serta Merta

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang wanita dipercayai mendera anak tirinya berusia 9 tahun di sebuah pangsapuri di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Aman, Jinjang di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, wanita tersebut ditahan susulan laporan polis berhubung sebuah klip video berdurasi satu minit 16 saat yang tular di media sosial.

“Wanita tersebut kelihatan menggunakan sejenis alat dipercayai sebatang pen sambil memberikan amaran dan memarahi kanak-kanak perempuan itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kanak-kanak terbabit telah diselamatkan oleh pihak polis dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan serta rawatan lanjut.

“Wanita berusia 22 tahun ditahan oleh anggota Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak, Jabatan Siasatan Jenayah.

“Kita telah mengambil keterangan daripada ahli keluarga mangsa untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya.

Artikel Berkaitan   “Cikgu, Tolong Ajar Saya Mengaji. Saya Nak Bawa Ibu Pergi Umrah Dan Haji Satu Hari Nanti,”