Tun M Ajak Sertai Parti Baru Beliau Tapi Ini Syarat-Syaratnya Yang Perlu Dipatuhi

KUALA LUMPUR, 12 Ogos — Mana-mana individu yang berhasrat untuk menyertai parti baru yang diasaskan Tun Dr Mahathir Mohamad demi mengejar wang dan jawatan dinasihat memilih parti lain.

Mengumumkan nama parti barunya ‘Pejuang’, bekas perdana menteri Pakatan Harapan (PH) itu berkata ia ditubuhkan atas kesedaran bahawa rasuah menghancurkan bangsa dan orang Melayu.

“Jika ingin tebus maruah, jika ingin kekal hak kita, pilih parti kami.

“Pilih Pejuang,” catatnya melalui bait-bait sajak di Twitter.

Dr Mahathir minggu lalu mengumumkan penubuhan parti baru Melayu yang mendukung dasar sama seperti penubuhan awal Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Beliau turut menamakan anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai presiden parti.

Turut serta dalam parti baru ahli parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik, Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah dan ahli parlimen Sri Gading Datuk Dr Shahruddin Md Salleh.

kredit projekmm

Artikel Berkaitan   Ular Sedang Ratah Kambing Dewasa, 7 Anggota Bomba Terpaksa Dikejarkan Ke Sana