‘Tunggu Masa Saja’ Ini Keadaan Terkini Mamat Exists Yang Mengeejutkan Semua, Banyak Perubahan Berlaku

” Alhamdulillah, negatif itu semakin berkurangan dan unsur positif mula nampak kebaikannya”

Itu kata-kata penyanyi Mamat, 41, yang sebelum ini berdepan masalah penyalahgunaan ddah  dan optimis untuk pulih sepenuhnya dengan menjalani raw4tan pemulihan di Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih).

Mamat yang juga bekas penyanyi Exists berkata, dia mula menjalani raw4tan selepas Konsert Exists Reunion di Stadium Malawati, Shah Alam pada 28 September lalu.

” Saya juga hadir ke majlis makan malam Pengasih di Hotel Istana, Kuala Lumpur baru-baru ini sebagai tanda sokongan,” katanya.

Pemilik nama sebenar Mohd Ali Kamarudin ini berkata, hubungannya dengan Pengasih berjalan lancar apabila saling berhubungan sehingga kini.

” Saya akan terus ke sana bagi mendapat dorongan dan sokongan untuk terus pulih dan jadi lebih baik.

” Dengan keyakinan yang Allah berikan kepada saya sekarang, setakat ini saya tak nak lupakan solat,” katanya.

Mamat juga seboleh-bolehnya enggan membangkitkan kisah lama, namun dalam masa sama mengakui dia sebenarnya agak nakal.

” Kadang-kadang kita ambil sesuatu tanpa tahu kesannya, akhirnya kita tahu kesudahannya dan maknanya kita kena pilih ambil yang baik dan buang yang buruk,” katanya.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Untukmu Ibu itu menganggap, kesempatan bersama Exists kembali umpama cahaya yang menyinari kehidupannya.

” Itu adalah detik permulaan saya apabila memulakan karier dalam bidang seni. Saya teruja apabila dapat kembali bersama mereka.

” Pengaruh Exists pada zaman kegemilangannya masih ada dan sehingga kini ramai yang teruja dengan mereka,” katanya.

Mamat pernah menggemparkan peminat apabila ditahan polis pada 8 September tahun lalu ketika menaiki motosikal di Taman Perling, Johor Bahru bersama seorang rakannya pada jam 11.30 malam kerana memiliki sejumlah ddah jenis sy4bu.

Artikel Berkaitan   (Video) 'Hey! Hey! No plat ada, saya rakam dah' - Tak puas hati ditegur, lelaki langgar pengawal keselamatan

Ujian saringan awal air kncing turut mendapati kedua-dua mereka positif ddah.

Bagaimanapun, dia dibebaskan dengan jaminan polis dan berpeluang beraksi dalam konsert anjuran Shiraz Projects ini.

Selain Stadium Malawati, konsert terbabit turut diadakan di Singapura pada 5 Oktober.

Dalam perkembangan berkaitan, Mamat turut meluahkan hasrat untuk menamatkan zaman dudanya pada tahun ini.

” Calonnya sudah ada dan saya sedang tunggu masa yang sesuai. Takkanlah saya nak membujang sampai bila-bila kerana sudah 11 tahun hidup membujang.

” Saya pun sudah lama mengenalinya dan dia seorang yang banyak memberi sokongan moral dan inspirasi yang kuat dalam diri saya dan membuatkan saya kenal erti kebaikan serta hormat diri sendiri.

” Ini adalah satu perkara yang buat saya teruja teruskan kehidupan dan rasanya saya perlu cintai diri sendiri,” katanya.

Mamat berkata, bakal isterinya pernah dibawa berjumpa anak-anaknya.

” Setakat ini okay. Tapi saya pun tak boleh cakap kerana biasalah kanak-kanak ada banyak kerenah.

” Jadi ia memerlukan banyak pujukan dan rayuan untuk persetujuan. Usia saya dah semakin meningkat, jadi saya kena cepatkan perkara ini,” katanya.