Turki Masukkan Bahasa Malaysia Dan Indonesia Dalam Kurikulum Sekolah. Ini PUNCANYA

Dunia hari ni gempar apabila kerajaan Turki umum akan masukkan Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia dalam silibus korikulum sekolah mereka. Ini puncanya yang mengejutkan. Alhamdulillah Allahuakbar. Tolong jangan abaikan artikel ini.

ANTARA BAHASA POPULAR DUNIA

Pemerintah Turki telah memutuskan untuk menambahkan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia dalam kurikulum sekolah umum. Dua bahasa yang dituturkan oleh 160 juta orang tersebut akan diajarkan sebagai bahasa asing di sekolah-sekolah.

Pendidikan bahasa asing di sekolah-sekolah yang terbatas pada bahasa-bahasa Eropah, telah meluas ke bahasa-bahasa dari seluruh dunia. Saat ini, siswa dapat memilih dari 19 bahasa, dari bahasa Urdu hingga Korea, dari Cina hingga Parsi.

Alparslan Durmuş, ketua Jabatan Pendidikan yang bertanggung jawab atas kurikulum mengatakan, kedua bahasa tersebut diucapkan di Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand, Filipina, dan Indonesia dan mereka menganggapnya “strategi” untuk meningkatkan ikatan budaya dan hubungan masa depan dengan negara-negara tersebut. (Sumber: Turkinesia)

RESPONS AL QASSAM TERHADAP IS RAEL

Briged Al-Qassam, sayap bersenjata Hamas, telah memberi amaran bahawa serangan Israel terhadap Masjid Aqsa dan perangnya terhadap Jerusalem “akan membangkitkan bara di bawah abu dan menghidupkan kembali intifada Jerusalem”, lapor Palestinian Information Center.

“Gema yang disebabkan oleh serangan Zionis terhadap Masjid Aqsa dan Baitulmuqaddis akan menghantui pemimpin-pemimpin musuh dan memulakan tindakan kepahlawanan yang baru, Insya Allah,” kata jurucakap Briged Abu Obeida di halaman Twitternya.

Sekatan baru-baru ini Israel mengenai kemasukan orang Islam ke Masjid Aqsa telah mencetuskan protes kemarahan di wilayah Palestin yang diduduki dan mendorong pemuda Palestin untuk bertempur dengan pasukan Israel dan bangkit membela tapak suci Islam mereka.

Reaksi terbaru adalah serangan tikaman yang dilakukan pada petang Jumaat oleh seorang pemuda Palestin di penempatan haram Halamish, utara Ramallah. Tiga penduduk Yahudi dari keluarga yang sama mati dalam serangan itu.

Serangan itu adalah tindak balas terhadap pengepungan Israel di Masjid Aqsa dan kematian tiga penduduk Palestin ketika pertempuran ganas pada hari yang sama di kawasan yang berbeza di Jerusalem.

HURU HARA DI MASJID AL AQSA

Dua daripada mangsa dibunuh oleh anggota polis Israel dan seorang ditembak mati oleh penduduk Yahudi.

Ratusan warga Palestin juga mengalami kecederaan semalam apabila pasukan keselamatan dan tentera Israel menyerang mereka yang protes pro-Aqsa di kawasan-kawasan yang berbeza di Jerusalem, Tebing Barat dan Jalur Gaza.

Sumber: Laicikang