“Tweet Saya Terakhir Sebagai YBMK (Yang Berhormat Menteri Kesihatan). Terima Kasih,” Bekerja Sampai Habis Tempoh, Ramai Puji Komitmen Dr Zulkefly

KUALA LUMPUR, 4 Feb -- Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad ketika sidang media mengenai situasi terkini jangkitan 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) di Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Jalan Cenderasari hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR, 24 Feb — Datuk Seri Dzulkefly Ahmad melepaskan jawatan sebagai Menteri Kesihatan hari ini.

Perkara itu dimaklumkan menersui laman sosial, Twitter.

“Tweet saya (yang) terakhir sebagai YBMK (Yang Berhormat Menteri Kesihatan). Terima kasih,” katanya.

Beliau menulis demikian di perenggan bawah selepas memaklumkan mengenai perkembangan terkini isu Covid-19 di Malaysia.

Dalam hantaran tersebut, Dzulkefly menyatakan dua lagi kes Covid-19 sudah pulih sepenuhnya termasuk mangsa sudah dikeluarkan dari hospital.

“Kes 14 dan 19 sebelum ini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Jumlah yang pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar hingga hari ini 20 orang. Dua masih dirawat di wad dan stabil.” katanya lagi.

Ramai warga maya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dzulkefly yang berkerja tanpa mengira penat.

Malah dianggap langsung tidak peduli soal perebutan kuasa yang berlaku sekarang ini.