“U Ni Memang Super Daddy” Terpegun Netizen Gara-Gara Sufian Suhaimi Layan Anak Angkatnya Macam Bapa Mithali

Hadirnya kanak-kanak dalam hidup seseorang pasti mampu menceriakan dan kemunculan mereka pasti memberikan sinar baharu. Itulah yang dilihat buat penyanyi popular, Sufian Suhaimi.

Mengambil keputusan untuk mengambil seorang anak angkat lelaki yang dikenali sebagai Faeq atau Faeq Razeeq pada September lalu membuatkan peminatnya memberikan reaksi positif malah bangga dengan selebriti ini.

Terbaru, Sufian menerusi Instagram miliknya berkongsikan pula sekeping foto terbarunya bersama baby Faeq namun yang mencuri perhatian peminatnya apabila dia memegang botol susu.

Itu merupakan kebiasaan dilihat bagi yang bergelar ibu bapa, bagaimanapun ada juga netizen yang mendoakan urusan penyanyi yang turut popular menerusi lagu ‘Di Matamu’ ini agar dipermudahkan.

Dalam pada itu, posting Sufian turut membuatkan peminatnya juga tidak keruan melihat foto dikongsikan itu malah dikatakan kelihatan sangat comel melihat gelagat Sufian bersama anaknya.

Too cute

Super daddy…

Happy sangat2 to see you…

Sumber : HCL