Ucap Syukur, Ini Doa Neelofa Gembira Kilafairy Mula Memakai Hijab

Melihat perubahan positif pada kenalan atau sahabat kita pastinya mengujakan. Itu yang dirasakan pengacara dan model terkenal, Neeelofa yang mengucap rasa syukur melihat rakan selebriti, penyanyi Kilafairy dengan imej berhijab.

Menerusi Instastory Neelofa turut mendoakan agar sahabatnya itu terus kekal istiqamah dan menjadi seorang wanita solehah.

“Aku doakan semoga kau terus istiqamah, semoga Allah kuatkan hati kau, kuatkan iman, tegakkan iman, dapat menerima manfaat, boleh jadi wanita solehah dan contoh teladan kepada ramai orang

“Semoga kau sentiasa bahagia, tenang dan disayangi ramai. Kilafairy dah berhijab! Cantik.. muka macam wanita Pakistan pula,” kata Neelofa kepada Kilafairy yang dilihat sedang memandu di sebelahnya .

Anak kepada penyanyi senior, Rohana Jalil itu turut berkongsi semula perkongsian Neelofa di IG Story milknya.

Rata-rata netizen di laman sosial memuji ‘penghijrahan’ Kila dan mendoakan agar penyanyi itu kekal istiqamah . Kila sebelum ini ada meluahkan hasrat untuk mengubah pandangan orang ramai terhadapnya yang sinonim dengan imej seksi.

kredit buzzkini