UITM Berjaya Cipta Robot Troli Bergerak Sendiri, Tapi Ada Netizen Yang Takut Troli Masuk Sendiri Dalam Bilik

Menerusi pemilik akaun Twitter Shaifull Othman, beliau telah berkongsi satu inovasi ciptaan pasukannya sendiri iaitu robot troli bergerak.


Robot berkenaan dipercayai telah digunakan di sebuah Hospital UiTM Sungai Buloh dan digunakan untuk membawa peralatan ke sekitar kawasan hospital dengan sendirinya.

Rata-rata netizen memuji hasil ciptaan tersebut, malah ada juga yang berjenaka akan merasa takut andai nampak troli ini bergerak dengan sendirinya pada waktu malam.

Terbaiklah!

Sumber: Shaifull Othman