Umur Baru 19 Tahun, Masya Mashitah Dah Beli Kondo Sendiri Dengan Cara Ini

Penyanyi, Masya Masyitah kini sudah mampu membeli kediaman miliknya sendiri secara tunai tanpa menggunakan pinjaman bank.

Memetik laporan dari Gempak, pemilik nama sebenar Siti Nur Masyitah Yusoff, 20, mendedahkan beliau kini sudah pun membeli rumah jenis kondominium yang berharga RM300,000 pada tahun lalu menggunakan wang simpanannya hasil daripada habuan kemenangan mana-mana pertandingan nyanyian.

Kebiasaannya, wang kemenangan yang diperoleh oleh Masya adalah sekitar RM5,000 hingga RM20,000 bagi satu-satu pertandingan, termasuklah menerusi program nyanyian di televisyen.

Menurut Masya, beliau juga tidak suka berhutang kerana perlu membayar ‘bunga’ kepada bank.

Tambahnya lagi, setiap kali menyimpan beliau akan meletakkannya pada Amanah Saham Bumiputera (ASB), dan ini dilakukan Masya sejak dari kecil lagi. Dari situ, beliau juga memperoleh dividen setiap tahun hasil daripada wang simpanan.

kredit era

Artikel Berkaitan   Pencuri Terpaksa Pulangkan Semula Hanfone Kepada Pemiliknya Gara-Gara Tidak Pandai Guna