Umur Dah 25 tahun, tapi gadis ni masih menyusu botol

Setiap bayi dan anak kecil tentu ada episod tersendiri dengan botol susu masing-masing. Selalunya, ibu yang bekerja telahpun memperkenalkan botol susu kepada bayi sebaik saja mula bekerja untuk mengisinya dengan susu perahan. Ada juga yang menggunakan botol susu untuk mengisi susu formula sebagai susu tambahan kepada anak kecil yang telah bercerai susu badan.

Ternyata, botol susu dan anak kecil memang kelihatan seperti gandingan yang sukar dipisahkan. Jadi, tidak hairanlah ada anak yang dah nak masuk prasekolah pun masih hisap botol. Namun, tabiat ini tidak patut dibiarkan atas beberapa alasan yang penting untuk ibu bapa tahu.

Tapi lain pula dengan kisah gadis 25 tahun ni

MESKIPUN sudah berusia 24 tahun, pelakon Indonesia, Anya Geraldine mengakui dirinya masih memiliki tabiat menghisap susu dari botol.

Perkara itu dikongsikannya di Twitter semalam menerusi sebuah fotonya berbaring sambil menikmati susu botol berkenaan.

Menurutnya, dia gagal mengikis tabiat itu meskipun pernah dihalang ibu bapanya selain semua botol susu miliknya di rumah habis dibuang.

Punca boleh terjebak

“Ceritanya, apabila saya sudah berada dalam kelas 6, saya diminta berhenti menyusu botol oleh ibu bapa. Semuanya (botol susu) terus dibuang, dan akhirnya kembali menyusu botol sewaktu di kolej.

“Selepas tinggal sendirian, saya teruskan tabiat itu, tapi kalau ibu bapa datang sini, pasti dibuang lagi. Jadi saya kena beli selalu. Tak tahu kenapa, padahal umur sudah 24 tahun,” katanya.

Sekali gus, perkongsiannya itu membuatkan ramai pengikutnya di Twitter terhibur. Tidak ketinggalan, rata-rata peminat lelaki turut mengusik tabiat peliknya

Berikut reaksi dari netizan

“saya pn xdpt buang tabiat menyusu selepas saya kawen.. mohon masuk berita tv3 terus

Artikel Berkaitan   TERKINI: Kes Kematian Ke-15 di Malaysia, Ada Kontak Dengan Pesakit Dari Kluster Tabligh

“So nanti dah khwin, laki dia buatkan susu ke kalau mlm2 dia menangis?

“Tabiat menghisap ini dikhuatiri akan lebih kritikal setelah mendirikan rumahtangga. (Dibaca didalam hati)

” tak caya la aku.slalu yg hisap puting getah ni mesti gigi melambai.kecuali puting ori