Umur Dah 36 Tahun Tapi Masih Belum Berumahtangga, Ini Jawapan Penyanyi Linda Nanuwil

Bintang Akademi Fantasia 2 (AF2), Linda Nanuwil akui masih selesa hidup bersendirian biarpun umurnya kini sudah berusia 36 tahun.

Menurut Linda, dia sedar umurnya kini boleh dikatakan agak lewat memandangkan kebanyakan rakan seperjuangannya ramai yang sudah mendirikan rumah tangga.

“Tapi bagi saya tiada masalah pun, malah saya masih selesa macam ni.

“Bagi Linda ok je single,” katanya.

Ditanya sama ada dia telah mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga, linda menjelaskan dia masih belum ke arah itu.

“Apa yang saya boleh cakap, saya masih lagi berkawan dan berhubung dengan seorang ‘teman lelaki’.

“Tapi untuk bincang tentang kahwin, belum lagi ke arah itu,” katanya.

Linda berkata demikian ketika ditemui di studio Wake The Baby di Taman Tun Dr Ismail semalam.

Untuk makluman Linda bakal membuat ‘comeback’ dengan mengeluarkan single terbaru berjudul Ikhlaskanlah Hatimu.

Lagu bergenre balada itu dihasilkan oleh Ajai manakala lirik Lukman S.

kredit gempak

Artikel Berkaitan   Kerajaan Buat Keputusan Untuk Menutup Pintu Rohingya Masuk Malaysia, NGO Ini Personal Tindakan Kerajaan