“Umur Dah 56 Tahun Pun Kau Masih Nak Jadi Pelacur”

USIANYA sudah mencecah 56 tahun namun seorang wanita warga China masih sanggup menjaja tubuh demi mendapatkan wang mudah bagi meneruskan hidup di kawasan Jalan Petaling di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun tindakan ‘ayam tua’ itu bersama 11 wanita lain tidak bertahan lama selepas dia ditahan sepasukan pegawai Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman dalam serbuan jam 5 petang tadi.

Kumpulan pelacur itu mensasarkan lelaki hidung belang warga asing untuk mendapatkan khidmat seks dengan bayaran antara RM50 hingga RM70 untuk sekali perkhidmatan.

Mengulas lanjut mengenai serbuan itu, Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, polis menjalankan serbuan itu selepas risikan aktiviti tidak bermoral dilakukan di kawasan berkenaan.

Menurutnya, dalam serbuan sama, polis menahan enam lelaki warga tempatan berusia antara 53 hingga 61 tahun yang dipercayai menjadi bapa ayam untuk aktiviti tidak bermoral itu.

“Wanita warga asing yang bekerja sebagai pelacur yang ditahan berusia antara 22 hingga 56 tahun masing-masing dari Indonesia, Bangladesh, Sri Lanka dan China.

“Polis juga menahan seorang lelaki warga Bangladesh berusia 28 tahun yang melanggan seorang daripada wanita yang ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Mohd Zani berkata, polis turut merampas wang tunai RM920, kondom, telefon bimbit, minyak pelincir, jadual kerja pelacur selain beberapa lagi barangan untuk aktiviti tidak bermoral itu.

Katanya, siasatan juga mendapati premis yang tidak berlesen itu sudah menawarkan aktiviti persundalan sejak lebih tiga tahun lalu dan mensasarkan pelanggan warga asing untuk melempiaskan nafsu.

“Semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan lanjut,” katanya.

Artikel Berkaitan   “Politik Tak Settle Lagi Dah Keluar Video Ni Pula” Video Intim Dua Pelakon Tersebar Gara-Gara Tanda Yang Ada Pada Badannya

kredit harian metro