Universiti Teruskan Majlis Graduasi Tapi Penerimanya Hanya Robot, Para Graduan Hanya Tonton Online Sahaja

Sebuah Universiti di Chiyoda City, Tokyo telah mengadakan majlis konvokesyen dengan menggantikan para graduan terlibat dengan robot.

Pusat pengajian tinggi dikenali sebagai Business Breakthrough University (BBT University) itu, mengambil inisiatif tersebut untuk mengelakkan wabak COVID-19 menular.

Majlis tamat pengajian tersebut telah diadakan pada 28 Mac lalu di Hotel Grand Palace di Chiyoda, Tokyo, tanpa kehadiran graduan.

Para graduan diwakili robot dipanggil ‘newme’ yang dikendalikan dari jarak jauh bagi menerima skrol daripada Dekan Universiti.

Robot-robot tersebut juga dipakaikan jubah konvokesyen dan mortarboard selain memaparkan wajah graduan pada paparan skrinnya.
Sementara graduan sebenar menyaksikan majlis berejarah tersebut menerusi apilikasi Zoom dan dibenarkan menghantar komen serta berkongsi perasaan mereka.

Siswazah yang lain turut mengambil bahagian dalam acara tersebut melalui Zoom, di mana mereka dapat menghantar komen dan menyatakan perasaan mereka ketika majlis tersebut.

kredit gempak

Artikel Berkaitan   “Anak Saya Seorang Yang Kuat Dan Berani..Saya Hanya Mahu Dia Ditemui Dan Tidak Kisah Dalam Apa Juga Keadaan”