
Bukan mudah untuk bergelar usahawan perniagaan sehingga memiliki empayar sendiri, ada sahaja ‘mata dan hati’ akan berasa dengki dengan kejayaan yang diperolehi.
Itu terjadi kepada ibu usahawan kosmetik dan selebriti, Alif Syukri iaitu Rozita Ibrahim apabila mendedahkan dia telah disihir kerana terdapat enam ekor jin yang dihantar ke dalam badannya.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik, wanita yang lebih mesra dipanggil Bonda itu kelihatan menjerit dan meronta ketika melakukan kaedah perubatan Islam.
“Sihir untuk bunuh saya secara halus, enam jin dihantar dalam badan saya berusia 175 tahun,” tulisnya.
Menurut Bonda, dia menegaskan sesi rawatan itu bukan lakonan sebaliknya mahu membuktikan bahawa individu yang menghafal al-Quran juga tetap diganggu dan disihir oleh pihak tertentu.
“Ini adalah salah satu kebesaran Allah bahawa roh kita patut dijaga dengan zikrullah. Bila kita terleka walaupun sekejap, benda itu akan menghancurkan badan,” katanya.
Posting berkenaan membuatkan netizen meremang bulu roma yang rata-rata mencemuh perbuatan terkutuk itu dan mendoakan agar kita semua dilindungi daripada kuasa jahat yang menyeksakan.