Hiba dan pilu rasa apabila insan yang tersayang terutamanya ahli keluarga ditimpa ujian dari-Nya. Lebih-lebih lagi, perkara yang melibatkan kesihatan diri dan nyawa.
Kesanggupan seorang pemuda mencetuskan rasa kagum netizen, apabila dia sekeluarga sanggup menjual sebanyak 3 buah kereta demi pembiayaan rawatan kanser ibu tersayang.
Jualan kereta urgent nak pakai duit untuk rawat…
Khairul Shariq menjelaskan bahawa, kereta-kereta tersebut dijual untuk menampung pembiayaan rawatan kimoterapi untuk merawat kanser yang dihidapi oleh ibunya.
Assalamualaikum semua, jualan kereta urgent nak pakai duit untuk rawat penyakit kanser ibu saya. Urgent nak pakai duit rabu ni sbb nak kene rawatan kemo kali kedua. Tak dpt beli minta RT pon cukup. Terima kasih 😊 pic.twitter.com/LTpQXkJ6DW
— Keyes (@khrulshfq) July 15, 2019
Peluang 50-50…
Semalam, Khairul Shafiq berkongsikan mengenai kondisi ibunya yang semakin menurun dan tenat.
Sedekahkan Al-fatihah untuk arwah ibu…
Hari ini, dia telah memberitahu satu perkara yang agak menyedihkan iaitu berita pemergian ibunya. Ibu Khairul Syafiq telah menghembuskan nafas yang terakhir pada jam 10.39 pagi harini.
Pinjam seminit dua untuk sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah ibu saya Norhaizan Binti Hamzah yang meninggal pada jam 10.39 pagi pada 17 Julai 2019. Jika berkelapangan minta sedekahkan sekali yassin ye. Terima kasih semua pic.twitter.com/eliojau8r7
— Keyes (@khrulshfq) July 17, 2019