Ustaz Ebit Lew Kemalangan Terganggu Jadual Tugasnya, Tetapi Inilah Yang Berlaku, Benarlah Perancangan Allah Lebih Baik

Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 241.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, Ebit atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau itu dalam perjalanan pulang dari Pasir Gudang, Johor menuju ke Kuala Lumpur selepas memberi ceramah agama.

Menerusi catatan dalam Facebook miliknya, pendakwah itu mendakwa kenderaan jenis Toyota Alphard dinaiki bersama tiga individu lain nyaris terbalik dalam insiden tersebut.

Dah 3hari tak balik kemalangan 3 pagi ini. Tadi dari balik ceramah Masjid Poli Pasir Gudang ke kl. Saya bertiga. Ada kereta masuk ke kanan tiba-tiba himpit kereta saya. Takde kereta lain di highway. Cuba elak sampai hampir kena divider kanan. Dua-dua hampir terbalik. Saya tercampak ke depan. Sempat mengucap. Terhentak kuat juga. Sakit badan dengan hidung. Ada kereta berhenti sekejap semua terus jalan. Tiba saya pandang mana kereta satu lagi. Cari dekat belakang. Kereta tu terbalik. Kita dah bawa bertenang elok tiba-tiba orang mengantuk atau leka langgar kita. Allahu. Itu namanya takdir Allah. Syukur semuanya selamat
.
Disebalik musibah hari ini ada rahmat Allah menanti. Kasih sayang Allah. Staf plus dan towing semua kenal. Bergambar-gambar kami. Dapat dakwah. Cian ustaz penat dakwah sana sini kata mereka. Takde apalah abang. Semua kerana dia sayang. Saya dapat jumpa abang. Dia beri musibah supaya terselamat dari musibah lagi besar. Seorang abang plus peluk sebak. Dah lama nak jumpa ustaz. Saya ingat ustaz. Saya ingat Allah sayang. Saya banyak diuji tapi selalu ingat Allah sayang. Hari ini walau teruk ustaz tetap cakap Allah sayang.
Terima kaseh abang polis. Abang plus. Abang towing. Syukur pada Allah atas segala nikmatnya. Terima kaseh Ya Allah..-ebitlew
#www.keluargasunnah.com #subscribeYouTubeEbitlew

Artikel Berkaitan   Didakwa Merayu Yang Di-Pertuan Agong Membatalkan Perisytiharan Darurat, Anwar Ibrahim Disiasat Polis

kongsinya yang turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantunya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Sembilan, Superintendan Ibrahim Mohd. Abdul Kadir ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kedua-dua kenderaan terlibat sedang bergerak dari arah Selatan menuju ke Utara.

Jelas beliau, kedua-dua kenderaan itu berlanggar apabila tiba di lokasi kejadian, namun tiada kecederaan serius dilaporkan dan kes disiasat dibawah Peraturan 10 LN 166/59.

“Jalan di lokasi kemalangan ketika kejadian lancar, lurus dan cuaca adalah baik, tetapi jalan gelap kerana tiada lampu jalan,” katanya. – K! ONLINE