(Video) 2 rakan sekelas bergaduh, suspek tak puas hati nama maknya diejek

Viral di media sosial klip video dua pelajar lelaki bergaduh yang dipercayai berpunca dari tindakan mangsa mengejek nama ibu suspek.

Dalam kejadian yang berlaku di sebuah sekolah menengah di Kuala Pilah semalam, video menunjukkan suspek menyerang mangsa bertubi-tubi sambil disaksi dan dirakam oleh beberapa pelajar lain.

Klip video itu kemudian disebarkan di media sosial sehingga menjadi viral dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilih, Superintendan Haslah Bachok berkata, kedua-dua pelajar itu terbabit dalam insiden ejek mengejek nama ibu sebelum berjumpa di satu kawasan sekolah bagi menyelesaikan perselisihan faham di antara mereka itu.

Malangnya, perjumpaan itu bertukar menjadi pertengkaran mulu sehingga berlaku pergaduhan.

“Mangsa berjumpa dengan suspek di tempat parkir motosikal berhampiran kediaman warden asrama sekolah berkenaan pada jam 2.30 petang 2 Julai lalu.

“Mangsa berjumpa dengan suspek dan meminta maaf secara lisan selain memaklumkan tidak mahu bergaduh.

“Bagaimanapun, ketika mahu beredar, suspek secara tiba-tiba menyerang mangsa dengan memukulnya sehingga terjatuh dan terus menumbuk dan menendang mangsa,” katanya.

Beberapa pelajar yang menyaksikan kejadian itu turut menjadi batu api dengan menyuruh suspek menumbuk dan menyepak kepala serta muka mangsa.

Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala, bahu, leher, pinggang, ibu jari kaki dan seluruh badannya.

KUALA PILAH – Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun dari sebuah sekolah menengah di sini cedera di bahagian kepala dan badan akibat menjadi mangsa buli di dalam kawasan sekolah itu petang kelmarin.Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, mangsa dipukul oleh seorang pelajar manakala beberapa lagi pelajar merakamkan kejadian tersebut menggunakan telefon bimbit.Difahamkan, kejadian itu berlaku di kawasan letak motosikal berhampiran bangunan asrama sekolah itu.Mangsa terlebih dahulu dipanggil ke lokasi kejadian oleh seorang rakannya memaklumkan bahawa seorang pelajar lelaki lain mahu meminta maaf daripadanya ekoran perselisihan faham antara mereka.Bagaimanapun, mangsa telah diserang oleh pelajar yang didakwa ingin memohon maaf itu sehingga terjatuh sebelum ditumbuk di kepala bertubi-tubi manakala belakang badannya ditendang.Berdasarkan rakaman video insiden itu yang tular dalam media sosial, pelajar lain yang menyaksikan kejadian tersebut bersorak dan meminta pelajar lelaki itu supaya memukul dan menyepak kepala mangsa.Sementara itu, Ketua Polis daerah, Superintenden Haslah Bachok ketika dihubungi pemberita hari ini mengesahkan polis menerima laporan kejadian itu malam tadi.Menurut beliau, laporan polis berhubung insiden itu dibuat oleh mangsa yang ditemani oleh ibu bapanya di Balai Polis Seri Menanti pada pukul 10.52 malam.Katanya, pihak polis akan memanggil beberapa pelajar sekolah itu bagi membantu siasatan.“Setakat ini kami dapati cuma seorang pelajar memukul mangsa dan terdapat pelajar lain berada di tempat kejadian,” katanya.

Posted by Durian media on Wednesday, 3 July 2019

Menyedari video kejadian itu viral di media sosial, keluarga mangsa tampil membuat laporan polis di Balai Polis Seri Menanti pada jam 10.52 malam tadi.

Artikel Berkaitan   'Beria nak tunjuk, apa sebenarnya yang kau nak buktikan?' - Netizen persoal tindakan Muhammad Sajjad tayang karipap angin

Suspek dan mangsa serta beberapa saksi kejadian akan dipanggil untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.