[VIDEO] Allahuakbar! Baru Sahaja Jumpa Di Starbuck, Pemuda Cina Ini Terus Masuk Islam

KUALA LUMPUR, 5 Mac — Pendakwah bebas Ebit Lew tidak menyangka pertemuan singkat membuka hati seorang pemuda memeluk Islam.


Memuatkan perkongsian kisah tersebut di Instagram, Ebit dalam nada sebak, bersyukur kerana persinggahan di sebuah kafe memberi peluang padanya untuk menjelaskan kepada pemuda itu tentang ajaran Islam.

“Tak sangka Allah permudahkan beliau ucap syahadah. Syukur sangat dia ucap syahadah dan tak sabar nak belajar solat dan lain-lain.

“Terus ke tempat kerjanya tiba-tiba. 30 minit lebih berbual dan cerita betapa bahagianya Islam. Nilai iman. Beliau pun memang sudah lama minat Islam,” tulis Ebit di hantaran tersebut.

Perasaan gembira Ebit turut dizahirkan menerusi hantaran video yang tidak menunjukkan sisi lelaki terbabit.

Ebit menangis sebak sebaik pemuda itu mengucap syahadah kerana katanya terharu gembira.

“Ya Allah terimalah niat adik ni. Terima kasih Allah,” kata Ebit di akhir catatan.

Baru sejam dikongsikan, hantaran itu mendapat 65,429 tanda suka dan mendapat pujian serta sokongan pengikut.

Rakan dakwah Ebit, Don Daniyal Don Biyajid muncul di ruangan komen mengucap kesyukuran di atas usaha yang dilakukan beliau.

Pengikut Irfan Papan pula menyatakan perkongsian video itu memberi inspirasi kepadanya untuk turut sama berdakwah pada kawan yang sudah mengetahui tentang Islam.

“Alhamdullilah. Video ini membuat saya pun nak ajak masuk Islam sebab dia sudah banyak tahu pasal Islam,” tulis Irfan.