Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah nasib seorang lelaki yang terpaksa membawa anak perempuannya ke tempat kerja demi mencari sesuap nasi.
Difahamkan, lelaki itu baru sahaja kematian isteri sejak tiga bulan yang lalu akibat penyakit.
Oleh kerana tiada siapa yang sudi menjaga anaknya, dia terpaksa membawanya ke bengkel tempat dia bekerja sebagi tukang tampal tayar kenderaan.
Menerusi gambar yang ditularkan di media sosial, lelaki itu memegang anaknya dengan tangan kiri sementara tangan kanannya digunakan untuk mengangkat tayar kenderaan milik pelanggan.
Dalam satu video yang dimuat naik di Instagram Visit Cianjur, kanak-kanak itu kelihatan terlelap di atas belakang bapanya akibat keletihan.
Gambar dan video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata sebak melihat kesungguhan bapa tunggal itu mencari rezeki halal buat diri dan anaknya.
Malah, mereka turut mendoakan agar dua beranak itu dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT.