
Jabatan Imigresen Malaysia telah berjaya menyerbu sebuah premis yang disyaki menjadi markas sindiket scam online, semalam di Cyberjaya.
Menerusi update yang dikongsikan oleh Malaysia Immigration News Update, hampir 1000 individu yang didalangi oleh warga China ditahan bagi siasatan lanjut.

Markas terbabit dipercayai merupakan lokasi sindiket scam online terbesar oleh warga China di negara ini.
Satu sidang media khas akan diadakan hari ini berhubung operasi penguatkuasaan tersebut.
Sumber: Malaysia Immigration News Update