[Video] “Bolehlah buat hiburan tengah bosan” – Raja Bomoh Buat ‘Comeback’, Renjis Glob Dengan Beras Kunyit Untuk ‘Hilangkan’ Covid-19

Raja Bomoh kembali semua lepas hampir dua tahun mendiamkan diri dari tatapan dunia.

Semalam, Raja Bomoh atau nama sebenarnya Datuk Ibrahim Mat Zain telah memuat naik satu video di YouTube menunjukkan ritual yang dikatakan boleh melindungi Malaysia dan satu dunia dari Covid-19.

Kalau sebelum ini Raja Bomoh gunakan teropong buloh untuk mencari pesawat MH370 yang hilang di KLIA, kali ini dia tampil lebih maju dengan memakai teleskop mini milik moyangnya.

Raja Bomoh gunakan teleskop tersebut untuk meneropong glob yang mengandungi peta dunia sambil merenjiskan beras kunyit dan padi burung ke atas glob serta menggunakan daun pandan yang dah direndam ke dalam air.

Dalam video yang sama, Raja Bomoh turut membaca doa untuk rakyat-rakyat Malaysia yang terperangkap di negara-negara lain sambil memberikan tips-tips untuk melindungi diri dari Covid-19.

Basuh mulut, basuh lubang hidung, basuh lubang telinga dan basuh muka. Tangan dicuci bersih-bersih masuk ke rumah.”

Bukan tu je, dalam video ini juga, Raja Bomoh sempat meminta agar kerajaan memberi bantuan berupa kewangan kepada orang-orang yang bekerja sendiri yang terpaksa menutup kedai selama dua minggu.

Korang boleh tengok ritual penuh dekat video bawah ni:

Sumber : LobakMerah

Artikel Berkaitan   “Aku mampu bagi baju baru je” – Baru 19 Tahun, Netizen Puji Youtuber Terkenal Surprise Ibu Dengan RM10,000