(Video) ‘Dik, tandas kat mana ye?’ – Wanita alami kerugian, barang kemas disamun selepas dipukau di pasar raya

Seorang wanita mengalami kerugian apabila barang kemasnya dirembat oleh dua wanita yang tidak dikenali ketika membeli barang di pasar raya.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari 25 September lalu di pasar raya Hero di Bandar Sri Permaisuri, mangsa didatangi dua suspek yang berpura-pura bertanyakan di mana tandas.

“Sambil bertanya, salah seorang menepuk bahu kawan saya. Dalam keadaan separuh sedar, selepas dia menepuk bahu kawan saya, dia meminta kawan saya menyerahkan tiga bentuk cincin, rantai leher dan wang kepada dia.

“Selepas mangsa memberikan semua barangan itu, dia membawa kawan saya keluar dari pasar raya itu menuju ke keretanya. Di dalam kereta itu ada seorang lelaki yang menunggu.

“Kawan saya disuruh masuk ke dalam kereta. Dia (suspek) minta handphone kawan saya tetapi memandangkan handphone kawan saya tak berapa nak elok, dia tak mahu.

“Setelah itu dia meninggalkan kawan saya di lampu isyarat berhadapan Maybank Bandar Sri Permaisuri. Sebaik ditinggalkan, barulah kawan saya sedar yang dia telah dipukau,” kata rakan mangsa.

[Awas Kes Pukau di Bandar Sri Permaisuri] "Kejadian terjadi pada hari rabu 25/9 dlm pukul 12.30 tengahari di dlam supermarket Hero di Bdr Sri Permaisuri.. Kawan saya di datangi 2org wanita bertanyakan dimana tandas…sambil bertanya salah seorang menepuk bahu kawan saya.. dalam separuh sedar selepas dia menepuk bahu kawan saya dia meminta kawan saya memberikan 3 bentuk cincin, rantai leher dan wang kepada dia. selepas apa yg di minta da tertunai dia membawa kawan saya keluar dr supermarket Hero menuju ke keretanya..di dlm kereta tu ada seorang lelaki yg menunggu…selepas kawan saya disuruh masuk dlm kereta dia meminta plk handphone kawan saya tapi memandangkan hp kawan saya xbrp nak elok dia xmau…selepas tu dia meninggalkan kawan saya kat di lampu isyarat berhadapan maybank Bdr Sri Permaisuri…selepas diturunkan dr kereta baru kawan saya sedar yg dia dipukau..Report polis xbuat sbb kawan saya ni indonesia kosong plk tu…cuma saya dan kawan saya nak org2 sekitar sini berhati2..yg memukau org dr madura".Kesian akak yang kena pukau tu. Tapi min respek dia, dia nak video dia kena pukau disebarkan agar takda orang lain terkena jadi mangsa. Korang semua berhati2 ye. Gambar ada diruang komen#BanturazMediaKredit Video : Hero

Posted by Banturaz Media on Friday, 27 September 2019

Namun mangsa yang merupakan warga Indonesia tidak membuat laporan polis. Rakannya berkongsikan kejadian itu agar orang ramai di sekitar kawasan itu berhati-hati.

Artikel Berkaitan   Petua Mudah Dan Berkesan Halau Anai-Anai Dari Rumah Tanpa Penggunaan Bahan Kimia