[VIDEO] “Habis Semua, Takut Kena Mandrem,” Satu Keluarga Terbantut Hasrat Keluar Rumah Gara-Gara Pakaian Dalam Dikebas

Hajat satu keluarga untuk memakai pakaian dalam yang telah dicuci semalam terbantut apabila mendapati ia hilang dari ampaian.

Dalam kejadian yang berlaku pada malam Rabu lalu, sejumlah seluar dalam dan stokin hilang dari ampaian rumah pengadu.

“Min, nak minta tolong viralkan. Ini area Taman Impianku, Kuantan, Pahang. Minta semua berhati-hati, jangan sidai pakaian dalam kat luar.

“Habis semua kena kebas dengan stokin-stokin kena kebas. Takut kena mandrem,” kata pengadu.

Perbuatan suspek itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek muncul lalu mengambil pakaian dalam dan dicium bagaikan tiada hari esok sebelum merembat beberapa pakaian dalam itu.

Rakaman CCTV seorang lelaki dipercayai mencuri pakaian dalam dalam satu kejadian di Taman Impianku, Kuantan, Pahang baru-baru ini.#Inforoadblock

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Thursday, 3 October 2019

Sementara itu di media sosial, netizen menasihatkan terutamanya golongan wanita menyidai pakaian dalam mereka di dalam rumah bagi mengelakkan kejadian itu berlaku.

Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

Artikel Berkaitan   Doa Nabi Saw Agar Rezeki Sentiasa Cukup Dan Diberkati