(Video) ‘Hey! Hey! No plat ada, saya rakam dah’ – Tak puas hati ditegur, lelaki langgar pengawal keselamatan

Berang ditegur meletakkan kereta di parkir teksi, seorang lelaki sanggup bertindak mengundurkan kereta dan melanggar pengawal keselamatan wanita.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 1.30 tengah Isnin di Hospital Seberang Jaya, Prai itu, mangsa berusia 43 tahun mengalami lebam di betis kiri dan telah membuat laporan polis.

Kejadian itu sempat dirakam oleh orang awam yang kemudian dimuat naik di media sosial.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Ab Hamid berkata, siasatan mendapati pemandu Proton Saga itu meletakkan keretanya di parkir teksi dan ditegur oleh mangsa.

Suspek kemudian beredar dan datang semula selepas 20 minit kemudian dan sekali lagi meletakkan keretanya di parkir teksi itu.

Mangsa sekali lagi menegur perbuatan suspek sehingga berlaku pertengkaran di antara mereka. Suspek melemparkan kata-kata kesat terhadap mangsa yang hanya menjalankan tugas.

Gagal mengawal kemarahan, suspek masuk ke dalam kereta lalu mengundur sehingga terlanggar kaki mangsa.

Kekerasan Pada Pengawal Keselamatan Wanita

Kekerasan Pada Pengawal Keselamatan Wanita (Mentang-mentanglah dia pakai kereta jenama Ferrari tapi agak-agaklah macam niat je reverse tu nak langgar) – komen dari netizen.Hanya kerana menegur seorang lelaki yang meletakkan kenderaannya di parkir teksi, seorang pengawal keselamatan wanita bukan saja dimaki, malah dia lebam betis kiri akibat dilanggar pemandu terbabit yang mengundurkan keretanya di Hospital Seberang Jaya, Georgetown, semalam.Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa yang berusia 43 tahun membuat laporan polis selepas tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki terbabit.Selain itu, perbuatan pemandu kereta berkenaan turut dirakam orang awam yang kemudian memuat naik video terbabit sehingga ia tular di Facebook (FB).Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pemandu Proton Saga berkenaan pada mulanya meletakkan keretanya di parkir yang dikhaskan untuk teksi sebelum perbuatannya itu ditegur pengawal keselamatan wanita terbabit. Menurutnya, suspek kemudian beredar, namun dia datang semula kira-kira 20 minit kemudian dan sekali meletakkan keretanya di parkir teksi terbabit. “Pengawal keselamatan itu sekali lagi menegur perbuatan suspek hingga berlaku pertengkaran antara mereka berdua. “Ketika bertengkar itu, suspek turut mengeluarkan kata-kata kesat kepada pengawal keselamatan berkenaan dan dia kemudian mengundurkan keretanya secara tergesa-gesa sehingga terkena kaki mangsa,” katanya. Nik Ros Azhan berkata, suspek kemudian terus beredar dan kejadian itu sempat dirakam orang awam hingga video berkenaan tular di media sosial. “Susulan daripada itu, suspek menyerah diri kira-kira jam 11 malam tadi dan hasil keterangan yang diambil daripadanya, dia mendakwa terpaksa meletakkan kereta di kawasan itu kerana membawa bapanya yang lumpuh untuk mendapatkan rawatan di hospital terbabit.“Setakat ini, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 323 KK,” katanya.

Posted by Info Viral on Monday, 5 August 2019

Ekoran video kejadian itu viral, suspek tampil menyerah diri pada jam 11 malam tadi. Jelasnya, dia terpaksa meletakkan keretanya di situ kerana membawa bapanya yang lumpuh untuk mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.

Artikel Berkaitan   Juliana Evans Tersenarai 100 Wanita Paling Cantik Di Dunia

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.