Video Ibu Kucing Buntu Cari Rezeki Rayu Minta Makanan Kepada Manusia, Siap Tunjukkan Lagi “Rumah” Mereka

Bukan hanya manusia, haiwan juga mempunyai naluri dan perasaan sayang terhadap anak-anaknya. Bahkan, haiwan-haiwan ini lebuh bagus menunjukkan perasaan sayang mereka daripada manusia itu sendiri.

Di laman Twitter tular sebuah video yang memaparkan, gelagat seekor ibu kucing hitam yang dilihat meminta pertolongan daripada manusia supaya memberi makanan terhadap anak-anaknya yang kelaparan

Ibu kucing berkenaan pada awalnya dilihat mengiau-giau dihadapan pintu rumah seakan-akan merayu dan meminta sesuatu. Kucing jalanan hitam berkenaan kemudiannya mengajak insan berkenaan ke sesuatu tempat seperti ada sesuatu yang mahu ditunjukkan.

Sampainya ditempat berkenaan, amat mengejutkan sekali apabila terdapat beberapa lagi ekor kucing kecil dan comel yang sedang bermain di sekitar kawasan berkenaan. Rupa-rupanya, kucing-kucing kecil itu merupakan anak-anaknya.

Melihat perilaku ibu kucing itu, dia berkemungkinan merayu dan memohor agar insan sekelilingnya dapat memberikan sedikit makanan buat anak-anaknya yang sedang kelaparan.

Tanggapan ini mungkin tepat sekali apabila insan tersebut memberikan mereka makanan dan kucing-kucing itu makan dengan lahap sekali. Jelas sekali, ibu kucing ini berusaha keras untuk memastikan anak mereka tidak berada dalam keadaan kebuluran.

Pesanan ringkas: Ringankan tulang untuk membantu dan memberikan makanan buat haiwan-haiwan jalanan. Kemudian, tempat tersebut perlulah dibersihkan semula agar tidak menimbulkan sebarang masalah kelak.

kredit borak daily

Artikel Berkaitan   Punca Sijil Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Dibatal, Apa Nasib Orang Miskin - Najib