[VIDEO] “Jangan Sampai Saya Jadi Azwan Ali” Polis Stress Perangai Rakyat Malaysia Yang Degil Duduk Dalam Rumah

Walaupun sudah berkali-kali diarahkan untuk mengasingkan diri dari dunia luar buat sementara waktu agar rantaian jangkitan coronavirus dapat dihentikan, ada golongan yang masih menganggap arahan itu tidak penting dan berdegil untuk berkumpul di luar rumah dengan rakan-rakan.

Malah pengingkaran segelintar rakyat Malaysia itu membuatkan anggota polis yang membuat rondaan dan pemantauan naik stres kerana perlu berleter banyak kali supaya orang ramai menuruti arahan yang telah diberikan.

Situasi itu telah membuatkan kerajaan terpaksa menggunakan pekhidmatan tentera untuk membantu polis mengekalkan kuarantin bermula esok.

Dalam beberapa video yang dikongsikan di media sosial, netizen memuji tugas yang dilakukan oleh pihak polis dan ketegasan mereka dalam memastikan penduduk tempatan mengikut arahan kerajaan.

Kebanyakkan yang dapat dilihat mengingkari arahan kuarantin adalah golongan warga asing dan remaja yang keluar melepak bersama rakan-rakan di sekitar kawasan perumahan.

Rata-rata netizen terhibur dengan luahan rasa geram anggota polis tersebut dan memahami rasa tertekannya kerana terpaksa berdepan dengan golongan yang tidak ingin mengikut peraturan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador juga meluahkan ramai yang masih membawa keluarga keluar untuk makan, membuatkannya tertanya-tanya sama ada golongan ini tidak faham bahasa atau memang degil untuk mendengar arahan.

 

Sumber: Twitter