Video Kejam Seorang Lelaki Memukul Sebelum Membakar Anjing Peliharaannya Mengundang Kemarahan Netizen

Tindakan zalim seorang lelaki memukul sebelum membakar anjing peliharaannya mengundang kemarahan netizen selepas video kejadian itu viral di media sosial.

Video yang dimuat naik SG Smart Savers semalam menunjukkan, lelaki itu memukul haiwan itu dengan helmet. Anjing itu segera bersembunyi di bawah sinki bilik air.

Sebaik saja suspek membuka pintu, haiwan kecil itu segera melarikan diri bersembunyi di sebelah sofa.

SG MAN SET FIRE ON HIS DOG AND ABUSE IT

SG MAN SET FIRE ON HIS DOG AND ABUSE IThttps://singaporeuncensored.com/sg-man-set-fire-on-his-dog-and-abuse-it/

Posted by SG Smart Saver on Sunday, 3 November 2019

Tidak puas mendera binatang berkenaan, suspek mengambil pemetik api dan membakar bulu di bahagian dadanya.

Video itu dimuat naik di laman Facebook suspek dengan kapsyen, “Jangan buat aku marah bila aku tak ada duit, anjing pun aku takkan bagi chance,” tulisnya.

Netizen mengecam tindakan zalim suspek dan meminta pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap lelaki itu.

Menyedari dirinya dikecam teruk di media sosial, suspek kemudian meminta mereka yang prihatin itu datang ke Bangkok untuk mengambil anjing itu dan dia ada banyak lagi anjing yang lain.

Sementara itu, SPCA Singapura telah membuat laporan polis. Siasatan mendapati, anjing malang itu tidak berada di negara Singapura, dipercayai berada di Bangkok, Thailand.

Sumber: Asia One

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih