Video Kucing Mengamuk Gara-Gara Ada Bibir Manusia Di Mukanya, Kanak-Kanak Ni “Makan” Satu Penyepuk

Kanak-kanak dan kucing perliharaan boleh menjadi kawan baik jika mereka saling ada persefahaman. Namun sama seperti adik-beradik, budak kecil dan so comel ini kadang-kala boleh bertelagah sesama sendiri.

Itu yang terjadi kepada seorang kanak-kanak perempuan yang dilihat sedang merakam dirinya menyakat kucing peliharaannya.

Kanak-kanak itu pada awalnya dirakam menggunakan filter bibir yang membuatkan kucingnya juga mempunyai mulut sepertinya.

Namun tidak semena-mena, kucing tersebut memukul budak perempuan itu pada bahagian kepala, sebelum melarikan diri.

Aksi kanak-kanak tersebut memeriksa kepalanya sambil menahan tangisan membuatkan ramai terhibur. Malah ada juga yang menasihatkan agar sentiasa memerhatikan gerak geri kucing kerana cakaran dan gigitan kucing boleh memberi kesan yang agak teruk kepada diri individu berkenaan.

kredit era

Artikel Berkaitan   “Kalau Ikutkan Tak Nak Tapi Dia Masih Muda, Macam-Macam Kemungkinan, Tidak Ada Ibu Yang Menjangkakan 20 Tahun Meninggal Dunia”