[Video] Nak Kulit Cerah ‘Flawless’ Dengan Kos Tak Sampai RM1? Jom Ikut Cara Mudah Ni

Umum tahun kegunaan timun dalam masakan mahupun sebagai minuman.  Namun ternyata timun memiliki banyak manfaatnya kepada penjagaan wajah anda.  Pelbagai masalah wajah daripada paling ringan sehingga yang paling teruk dapat diselamatkan dengan mudah menggunakan si hijau ini.


Kebaikan timun yang sangat baik untuk kecantikan sudah tidak diragukan lagi.  Hari ini, terdapat banyak produk atau rawatan kosmetik muka yang menawarkan perawatan wajah daripada timun.  Timun adalah salah satu jenis sayuran yang kaya dengan kandungan air, dan ternyata mempunyai manfaat yang luar biasa.

Tertanya-tanya manfaat daripada perawatan timun semulajadi ini? Mari baca perkongsian daripada Nauf Safuan seperti dibawah bagi anda yang ingin mencuba mendapatkan rawatan secara alami dengan menggunakan khasiat yang ada pada timun ini.  Jika selama ini anda hanya menggunakan timun sebahagian daripada ramuan masakan, namun ia juga boleh dijadikan bahan utama untuk membuat toner (penyegar).  Baik rawatan dispa, ataupun dirumah, timun mula mendapat tempat untuk memiliki kulit wajah cerah dan berseri.

TONER TIMUN UNTUK MUKA BREAKOUT

Toner timun ni sangat sesuai untuk kecutkan En J yang berleluasa kat muka tu. Dan paling best. Toner timun ni boleh elak dari En J terus merebak. Pakai sebelah malam. Esok bagun pagi inshAllah En J akan segera kecut. Best kan?

Untuk yang ada masalah pori besar pun di galakan untuk pakai toner timun ni. Sat ja pori akan mengecut dengan pemakaian secara konsisten.

Kalau ada masalah kulit berminyak. Boleh perah sedikit lemon. Lomon ni nanti akan serap minyak minyak kat muka hampa. Kat bawah aku share bahan dan cara penyediaan.

Bahan-bahan:

  • 1/2 Timun
  • 1/2 Lemon
  • Penapis
  • air teh
  • Penyagat

Cara penyediaan:

Sagat timun tu bagi habis. Kemudian asingkan air timun tu dengan hampas timun.

Amik air timun , campur dengan perahan lemon. Khas untuk kulit berminyak sahaja. Kalau kulit tak berminyak. Tak perlu lemon na.

Masukkan dalam botol. Simpan dalampeti ais sebelum guna. Toner timun ni boleh bertahan 2 minggu kalau simpan dalam peti.

Pakai sekali pagi dan sekali sebelah malamsebelum tidur. Lepas ni tak payah risau muka breakout lagi.

Posted by Nauf Safuan on Thursday, 1 February 2018

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!