Video nenek tua tolak kerusi roda suami nak lintas jalan cetus hiba netizen

Tidak semua insan dikurniakan kemewahan dan kesenangan semasa hidup. Namun begitu, hal tersebut juga bukanlah satu penghalang untuk seseorang itu menikmati kebahagiaan bersama orang-orang tersayang.

Ada lagi susah selain kita
Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh pengguna Twitter yang dikenali sebagai liyanahusna, dia telah memuat naik satu video pasangan suami isteri warga emas yang ingin melintas jalan.

Sang Isteri dilihat menyorong kerusi roda suaminya yang tidak boleh berjalan untuk menyeberangi laluan di kawasan lampu isyarat.

Pernah orang ajak tumpang tapi depa tak mau
Dia yang menaiki motosikal sempat mendoakan agar pasangan warga emas itu terus diberi kesihatan yang baik dan kuat dalam melayari hari-hari tua mereka.

Menerusi komen yang diperoleh daripada posting tersebut, ada sebahagian warganet telah menyatakan bahawa mereka mengenali pasangan itu.

Artikel Berkaitan   Tauke katering minta pelanggan tangguh majlis